For more info, contact us at [email protected]
|
DZAKY FM SEMULA DI INTERNET
Siaran radio Internet DZAKY FM akan berada semula di Internet pada Isnin 20 April 2021 mulai 9.00 malam.
Rancangan-rancangan yang akan disiarkan sedang disusun semula supaya sesuai dengan kehadhiran bulan Ramadhan.
Antara lain pihak kami sedang berusaha untuk mendapatkan siaran langsung dari Makkah, dan lain-lain program yang sesuai dengan kehadhiran bulan Ramadhan.
Ikutilah siaran melalui lamanweb KELAINAN ini untuk yang terkini.

PERANAN DZAKY FM
Kalau ditanya mengapa DZAKY FM diwujudkan, rasanya jawapanya adalah banyak dan pelbagai.
Jika didengar kata-kata yang disampaikan apabila siarannya dimulakan, maka kita difahamkan bahwa disiarannya membawa bersamanya 'maklumat, ilmu pengetahuan dan hiburan'.
Dan semasa siarannya berlangsung akan pula kita dengar kata-kata... 'Lain dari yang lain'.
Semua ini membawa makna bahawa DZAKY FM mempunyai pelbagai fungsi dan peranan.
Sebenarnya Dzaky Fm berhajat menyumbang bakti kepada masyarakat, bangsa dan negara dalam mewujudkan satu bangsa dan negara yang aman, tenteram, bersatu dan maju. Inilah yang dihajatkan.
Selain itu ia juga berusaha untuk memainkan peranan penting sebagai ajen komunikasi yang efektif. Berperanan juga untuk menokok tambah usaha-usaha Kerajaan dalam membawa pembangunan dan kemajuan kepada negara bangsa.
Inilah yang sedang dirancang dan diusahakan.
Semua ini dapat dilihat pada program-program yang disiarkan tiap hari. Kami berasa syukur kerana jumlah pengalaman 60 tahun para pengusahanya banyak membantu.
Dalam melaksanakan tugas-tugas ini sudah semestinyalah pelbagai masalah dan rintangan dihadapi.
Tetapi dengan semangat juang dan berdedikasi kepada cita-cita murni ianya diwujudkan, segala masalah dapat diatasi, dan dapatlah DZAKY FM berfungsi dan memberi khimat seperti yang diidamkan. Insyaallah.

SIARAN DZAKY FM DIGANGGU
Salam hormat kami ucapkan kepada pendengar dan peminat kami semua.
Malam ini kami tidak dapat menemui saudara di saluran Internet kami DZAKY FM. Kami minta ampun dan maaf.
Siaran kami telah diganggu.
Kami sedang berusaha mengatasi masalah ini. Insyaallah kami akan bersama saudara semula secepat mungkin.

RADIO INTERNET DZAKY FM
Kami telah mewujudkan satu rangkaian Radio Internet pada pertengahan bulan Februari 2021.
Kami namakan rangkaian ini DZAKY FM iaitu sempena nama syarikat seorang teman rapat DZAKY GLOBAL yang berusaha membantu masyarakat dalam menjalani hidup dengan lebih sempurna berbekalkan ilmu pengetahuan untuk hari ini dan esok.
DZAKY FM adalah sebuah rangkaian Radio Internet 'yang lain dari yang lain'.
Pertama ia di laksanakan berlandaskan Ethika Penyiaran Universal yang digunakan oleh pertubuhan-pertubuhan penyiaran seluruh dunia. Kedua ia diuruskan penyiarannya oleh anggota satu keluarga prehatin yang mempunyai jumlah pengalaman penyiaran selama 6 dekad. Dan ketiga ia menyiarkan program-program yang membawa maklumat, ilmu pengetahuan dan hiburan.
DZAKY FM keudara tiga jam sehari - 9.00 malam hingga 12.00 tengah malam. Dan di Internet 7 hari seminggu.
Untuk mengikutinya mudah sahaja, iaitu tekan di sini

MEMANFAATKAN HUBUNGAN INTERNET MELALUI DZAKY FM
Setelah dibuat kajian dan diteliti kami telah menambahkan dua program lagi kepada senarai program yang disiarkan melalui DZAKY FM.
Lama juga kami berfikir dan berbincang mengenai senarai program yang kami siarkan. Kami cuba mendalami fikiran dan citarasa masyarakat pendengar kami
Akhirnya kami temui beberapa program lagi yang boleh ditambah kepada senarai program yang kami siarkan.
Kami sedar Internet tidak punya batasan. Apa yang kami bawa melaluinya akan sampai juga kepada pendengar setia kami, kecuali jika mereka berada di 'blind spot'. Akan tetapi lama kelamaan pendengar kami akan dapat juga mendengarnya.
Baru-baru ini kami telah membawa dua program lagi kepada pendengar kami. Satu yang kami namakan MAKA BERBICARALAH BINTANG-BINTANG dan yang lagi satu ALAM PERTANIAN.
Kami dapati dua program ini menarik minat para pendengar.
Satu menggunakan senikata lagu sebagai panduan kepada pendengar dalam menjalani hidup.
Program ini ialah MAKA BERBICARALAH BINTANG-BINTANG.
Yang satu lagi dilahirkan dari keindshan alam pertanian di keliling kita. Inilah ALAM PERTANIAN.
Kami telah memulakan siaran kedua-duanya dan berpuas hati dengan sambutan dari para pendengar.
DZAKY FM - Lain dari yang lain

THE STORY OF DZAKY FM
DZAKY FM is not just another Internet radio channel. It was created with a purpose and an objective.
It broadcasts with a certain principle and guideline. It goes on the internet bringing with it information, education and entertainment. This is the very essence of the Universal Ethics of Broadcasting being used by broadcasting organisations worldwide.
Basically what we broadcast are relevant to the needs of our target listeners. Yes we have our listeners.
Hopefully they will benefit from the materials and tips we put on the air. This is what we expect our broadcast will do for them.
It is too early to say if our broadcast has affected them in anyway, but we are trying our level best.
We feel the six decades of broadcasting experience to our credit, we may be able to be the friend to our listeners, wherever they are.
We have created a slogan to our three-hour daily broadcast, "DZAKY FM... lain dari yang lain" (Different from the difference).
Go to our broadcast and you will understand.

ILMU PENGETAHUAN MELALUI DZAKY FM
Mulai Sabtu 16 Januari yang lalu, tiap malam bermula jam 9.00 (GMT+8), Dzaky Fm membawakan antara lain maklumat dan bahan-bahan yang difikirkan berfaedah kepada masyarakat pendengarnya dalam menjalani hidup dalam dunia yang penuh cabaran hari ini.
Hingga hari ini bidang-bidang yang telah ditumpukan perhatian ialah pendidikan, keluarga dan kekeluargaan dan ehwal kesihatan.
Lain-lain bidang yang akan diberi tumpuan ialah perniagaan dan ehwal kemasyarakatan.
Tujuan utama tumpuan diberikan kepada topik-topik ini ialah semata-mata untuk membantu masyarakat pendengarnya menjalani hidup dengan lebih bersedia lagi.
Untuk menentukan bahan-bahan dan maklumat yang disampaikan dapat memberi faedah dan membantu selengkapnya maka tugas-tugas membuat rujukan, kajian dan penyelidikan adalah diutamakan.
Tugas-tugas ini amat penting untuk menentukan supaya maklumat yang disampaikan benar-benar membawa faedah dan boleh menbantu.
Melalui program ini juga masyarakat pendengar dijemput memberi pandangan dan pendapat mereka yang konstruktif dalam bidang-bidang yang berkenaan.
Adalah diharapkan kaedah ini dapat menyediakan kita menghadapi masa depan yang mencabar.
Dan inilah satu dari sumbangan Dzaky Fm kepada masyarakat.

INILAH DZAKY FM
Pukul 9.00 malam.
Inilah DZAKY Fm. Rangkaian radio Internet yang khusus diwujudkan untuk semua.
Hari ini Sabtu 16 Januari 2021 merupakan hari yang bersejarah kepada Dzaky Global khususnya kepada tuan punya dan pemimpinnya.
Pada jam 9.00 malam (GMT+8) nanti Dzaky Fm keudara selama tiga jam tiap hari membawa program-program yang bahannya dipercayai dapat membantu para pendengarnya menjalani kehidupan di hari muka dengan lebih bersedia lagi.
Program-program yang akan disiarkan terdiri dari enam kumpulan iaitu Ehwal Pendidikan, Pertanian dan Asas Tani, Kekeluargaan dan Pembangunan Insan, Kemasyarakatan, Dunia Perniagaan, dan Ehwal Kesihatan.
Selain dari itu akan juga dipaparkan berita dan ehwal semasa negara dan dunia antarabangsa.
Iaitu selain dari barangan dan produk yang diniagakan oleh Dzaky Global.
Ini semua disulam dengan hiburan artis-artis tempatan dan global.
Dzaky Fm diharapkan akan menjadi teman yang mengiring pendengar-pendengarnya dalam perjalanan kedestinasi yang dituju di masa mendatang.
InsyaAllah.